
Selamat datang ke
CT FOOD Station
>Rasa Sekali Mesti Nak Lagi<
Terima kasih kerana sudi mengunjungi CT FOOD Station. CT FOOD Station ada menjual Sambal Hitam Pahang dan Kuih Sepit Lava. Sambal hitam adalah makanan tradisi masyarakat Pahang. Ia boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan. Antaranya adalah nasi putih, roti, pulut, lemang, ketupat, roti canai dan sambal hitam juga boleh dijadikan sebagai nasi goreng, meggi goreng dan banyak lagi jenis makanan yang bergoreng.
Keenakan sambal hitam dikatakan akan melekat pada lidah dan sukar dilupakan bagi sesiapa yang pernah merasanya kerana ia menggunakan cara tradisi dalam menghasilkan sambal hitam pahang yang istimewa ini.
Bukan itu sahaja, sambal hitam Pahang juga tidak menggunakan bahan pengawet kerana ia hanya menggunakan ikan bilis, belimbing buluh, cili, bawang dan juga perasa bagi menyedapkan sambal hitam tersebut. Sambal hitam enak dimakan dengan nasi putih dan lauk-lauk kampung. Selain itu, ia juga enak dimakan bersama nasi panas, bubur nasi, roti dan bermacam hidangan mengikut selera anda. Ada juga menikmati sambal ini bersama tomyam dan telur goreng.
Jangka hayat sambal hitam pahang ini ialah 3-4 bulan jika simpan dalam suhu bilik dan akan tahan setahun jika disimpan di dalam peti sejuk. Gabungan rasa masam,masin,manis dan pedas yang seimbang telah menghasilkan rasa sambal hitam pahang yang unik dan enak yang mampu menawan selera anda
Bahan utama untuk membuat sambil hitam adalah belimbing buluh yang direbus, ikan bilis yang ditumbuk dan lada untuk menambah rasa pedas. Belimbing buluh mempunyai khasiat yang tersendiri. Sambal hitam adalah makanan utama yang CT FOOD Station jual.
CT FOOD Station juga ada menjual makanan sampingan iaitu, Kuih Sepit Lava. Kuih Sepit Lava adalah kuih sepit (Kapit) yang dah direvolusikan menjadi kuih sepit moden . Enak dengan berisikan mentega kacang dan coklat yang pekat dan padat, gabungan yang memikat. Sebenarnya, Kuih Sepit Lava ni didatangkan dalam bermacam perisa . Tapi yang mencuri hati semestinya peanut butter dan coklat.
Khasiat Belimbing Buluh
-
Khasiat belimbing buluh yang menjadi teras utama sambal hitam Pahang.
Secara tradisi, buah belimbing buluh ini banyak khasiatnya. Ia dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga kejadian kes pitam.
-
Selain itu ia juga amat berkesan untuk melembutkan atau melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat terutama dikalangan mereka yang ada masaalah tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melegakan rasa sakit-sakit sendi serta panau.
-
Belimbing buluh juga mempunyai khasiat untuk mengubati bayi yang diserang penyakit kuning.
-
Ada dikalangan penduduk kampung yang menggunakan belimbing buloh sebagai rawatan untuk masalah sakit gigi.
.....Sejarah Sambal Hitam Pahang.....
Sambal Hitam juga dikenali sebagai pembuka selera yang cukup terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya.
Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah pendapatan penduduk setempat.
Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Penyediaan untuk membuat sambal ini sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain.
Apa Kelebihan Sambal Hitam Pahang Kami?
-
Ikan bilis yang di tumbuk untuk texture dan kesedapan sambal terjaga.
-
Tanpa bahan tambahan. Hanya menggunakan ikan bilis, bawang, cili dan belimbing buluh (resepi original)..
-
Sedia untuk tempahan kecil atau besar (Kenduri, majlis atau goodies).
-
Sambal hitam kami sesuai untuk semua lapisan umur.
-
Harga yang berbaloi.
.....asal usul kuih sepit .....
Apit-apit atau kuih kapit atau juga dikenali sebagai kuih sepit, atau rokok arab merupakan sejenis kuihtradisional Melayu.
Terdapat dua versi apit-apit, iaitu:-
-
Apit-apit gulung (rokok arab)
-
Apit-apit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit). Di Brunei, ia dikenali sebagai Karipit.
-
Asal.Apit-apit telah lama dibuat dan terdapat secara meluas banyak negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
-
Nama Penyebaran. Pada masa dahulu, apit-apit hanya dihasilkan semasa hari penting, tetapi kini apit-apit banyak dihasilkan untuk jualan harian. Ia adalah kuih kering dan tahan lama, tetapi perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Kini apit-apit dijual secara meluas malah boleh ditempah melalui Internet untuk tujuan borong.
-
Dalam budaya popular.Ia agak kurang popular untuk hidangan umum kerana ia mudah pecah dan sukar disimpan kerana akan menjadi lemau jika masuk angin. Ianya popular dikalangan brunei,malaysia,singapura, indonesia.
PRODUK-PRODUK YANG CT FOOD Station SEDIAKAN UNTUK ANDA
***Sambal Hitam***
-
Botol (180 gram)
-
Pack (200 gram)
-
Harga: RM 15.00
>>>Kuih Sepit Lava<<<
-
Chocolate
-
Peanut
-
Chocolate Peanut
-
Harga: RM 25.00
Video Kuih Sepit Lava

JOM LIKE AND FOLLOW CT FOOD Station DI FACEBOOK PAGE DAN INSTAGRAM
Kami juga mempunyai facebook page dan instagram yang boleh anda lawati bagi mendapatkan info-info produk yang kami tawarkan kepada anda. Untuk lawati Facebook Page Dan Instagram, sila tekan ikon dibawah.

Disebalik CT FOOD Station
Anda boleh kenali latar belakang syarikat kami dan pengasas bagi CT FOOD Station dengan lebih lanjut dengan menekan butang dibawah.